Penempatan

Bahagian Pengawalseliaan dan Kawalan Kualiti, PPPK Kota Samarahan, Sarawak

 Syarat Kelayakan

  • Diploma dalam bidang Perniagaan Tani / Pengurusan Ladang / Pertanian / Pengurusan Teknologi dan Tumbuhan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya;

DAN

  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas :
Melaksanakan program pengawalseliaan ke atas pelesenan dan pendaftaran serta program kawalan kualiti ke atas biji koko kering dan produk koko bagi menjamin kepatuhan kepada aktiviti pelesenan dan pendaftaran di samping menjaga dan meningkatkan kualiti biji koko kering dan produk supaya sentiasa dalam keadaan baik dan bermutu amnya dan membawa imej yang baik kepada Negara khasnya.

  1. Menyelaras, memantau dan melaksana aktiviti lesen dan pendaftaran di Sarawak
  2. Menyelaras, memantau dan melaksana aktiviti pensijilan kualiti dan pemantauan kualiti di Sarawak
  3. Menyelaras, memantau dan melaksana aktiviti khidmat sokongan di Sarawak
  4. Menyelaras, memantau dan melaksana program Pemetaan Guna Tanah di Sarawak