Penempatan

Bhg. Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat, Kota Kinabalu.

 Syarat Kelayakan

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

DAN

  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas :

  1. Melaksanakan pengurusan surat-menyurat / dokumen / fail
  2. Menyelaras jadual tugas rasmi Penyelia
  3. Membantu melaksanakan persediaan Mesyuarat Bahagian / Rasmi
  4. Membantu pentadbiran pejabat dan jaringan kerja pejabat

Keutamaan adalah diberi kepada pemohon yang mempunyai kemahiran berikut:-

  1. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT);
  2. Kemahiran komunikasi pelbagai bahasa terutama bahasa Melayu dan bahasa Inggeris; dan
  3. Kemahiran menggunakan sistem rintas, trengkas (dwibahasa)