Penempatan

Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat, Kota Kinabalu

Syarat Kelayakan

  • Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam, Pengurusan Perniagaan atau bidang lain yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya;

DAN

  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas :
Membantu menyelaras dan melaksana skop utama Unit Pengurusan Perolehan, Ibu Pejabat mengikut peraturan dan bidang kuasa yang ditetapkan untuk membolehkan LKM menjalankan aktiviti perolehan dengan sempurna, cekap dan berkesan:-

  1. Melaksanakan aktiviti perolehan/ kontrak/ bekalan/ tender di Ibu Pejabat, Pusat-pusat dan unit-unit LKM selaras dengan peraturan sedia ada yang berkuat kuasa.
  2. Menyediakan dan mengumpul input Laporan suku tahun dan tahunan unit Pengurusan Perolehan.