Penempatan
Bhg. Pemindahan Teknologi & Pengembangan Sarikei, Sarawak / Bhg. Teknologi Huluan Koko, Lundu, Sarawak / Bhg. Teknologi Huluan Koko, Kota Samarahan, Sarawak / Bhg. Teknologi Huluan Koko, Bagan Datuk, Perak / Pusat Penyelidikan & Pembangunan Koko, Jengka, Pahang
Syarat Kelayakan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; ATAU
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
DAN
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Bagi pemohon yang hanya mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia, keutamaan adalah diberi kepada pemohon yang mendapat kepujian dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran Sains pada peringkat peperiksaan tersebut).
Deskripsi Tugas :
- Membantu pegawai penyelidik melaksanakan penyelidikan bahan tanaman di kawasan petani yang terlibat.
- Membantu menyelenggara keperluan peralatan dan bahan di makmal
- Membantu dalam mengawal selia kakitangan (Pekerja Ladang/ Pembantu Awam)
- Membantu merancang, menyelaras, mengawalselia dan melaksanakan program pembangunan tanaman koko dan aktiviti pemindahan teknologi serta pengembangan kumpulan sasaran bagi kawasan seliaan
- Membantu mengembang dan menyalurkan penemuan dan teknologi terkini kepada kumpulan sasaran
- Memberi penerangan dan khidmat nasihat kepada pelawat dan petani.
- Menyelaras pelaksanaan Fail Meja dan Manual Prosidur Kerja di peringkat unit