Penempatan
Bahagian Teknologi Huluan Koko, Lundu Sarawak
Syarat Kelayakan
- Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
- Diploma dalam bidang Sains Pertanian / Perniagaantani / Pengurusan Ladang / Pengurusan Teknologi dan Tumbuhan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya; ATAU
- Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya;
DAN
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas :
Membantu Pegawai Penyelidik dalam perancangan projek penyelidikan, pengendalian projek penyelidikan, mengumpul, merekod maklumat dan menganalisis data-data projek serta penyediaan maklumat / peralatan projek pembangunan.
- Menyelia, memantau dan melaksanakan program pengumpulan data di plot projek penyelidikan.
- Memantau perlaksanaan program pembangunan ladang di plot pengurusan dan penyelidikan.
- Melaksanakan urusan pentadbiran yang dibenarkan bagi membolehkan pusat / unit dapat menjalankan fungsi yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan.