Penempatan

Bhg. Teknologi Hiliran Koko, Pusat Inovasi dan Teknologi Koko, Nilai, Negeri Sembilan / Bhg. Teknologi dan Pengembangan, Unit Ranau Sabah

 Kelayakan

  • Ijazah Sarjana Muda kepujian atau Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Kejuruteraan Kimia / Kejuruteraan Proses / Kejuruteraan Mekanikal / Pengurusan Teknologi dan Tumbuhan / Sains Pertanian / Perniagaantani daripada Universiti-universiti Tempatan dan luar negara atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

DAN

  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Deskripsi Tugas (Bahagian Teknologi Hiliran Koko) :

Merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti loji rintis (pilot plant) pemprosesan koko dan coklat di Pusat Penyelidikan Hiliran Koko bagi memenuhi keperluan dan kehendak pihak industri dan usahawan:-

  1. Menyelia dan menjalankan aktiviti pemprosesan biji koko kering menjadi produk separa siap bagi memenuhi keperluan R&D pihak industri.
  2. Menyelia dan menjalankan aktiviti pembuatan coklat blok kovertur dan kompaun bagi menampung keperluan permintaan usahawan coklat LKM.
  3. Memantau aktiviti pengeluaran coklat pralin dan panning mencukupi bagi kegunaan urusan rasmi LKM.
  4. Menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pemprosesan koko dan coklat.

Deskripsi Tugas [Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengembangan (TOTe) Unit, Ranau]:

  1. Merancang dan memberi khidmat nasihat dalam program pembangunan tanaman koko, aktiviti pemindahan teknologi dan pengembangan kumpulan sasar di kawasan Pedalaman.
  2. Sebagai Ketua Unit TOTe, Ranau, bertanggungjawab memastikan tadbir urus pejabat unit dari segi peruntukan, perbelanjaan, perolehan dan penggunaan sumber-sumber fiskal, aset dan `input’ dilaksana dengan cekap dan berkesan mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan.
  3. Menyelaras dan melaksanakan semua aktiviti-aktiviti penyelidikan, pengembangan dan pemindahan teknologi kepada klien dengan cekap serta merisik keperluan-keperluan teknologi semasa.
  4. Menjalin kerjasama yang erat antara LKM dan pelanggan, kumpulan sasar dan agensi di peringkat wilayah atau kawasan.